Wednesday, January 20, 2016

Bahagian A



Bahagian A 1
1. Tiga ahli pengakap sedang mendirikan khemah bersama-sama di kawasan lapang.
2. Dua orang ahli pengakap memasak makanan untuk makan malam kumpulan mereka.
3. Seorang ahli pengakap sedang mengumpulkan beberapa puntung kayu api.
4. Dua orang ahli pengakap sedang membuat peralatan untuk memasak.
5. Seorang ahli pengakap sedang membawa dua baldi yang berisi air untuk djjerang.


Bahagian A 2
1. Terdapat pelbagai amalan sihat yang sewajarnya dipraktikkan oleh setiap ahli keluarga
2. Aktiviti riadah bersama-sama keluarga dapat merapatkan hubungan kekeluargaan selain menyihatkan badan.
3. Kita hendaklah mengamalkan gaya pemakanan yang sihat dan seimbang.
4. Kita hendaklah memastikan tempat tinggal kita bersih dan amalkan kebersihan diri.
5. Kita hendaklah meluangkan masa bersama-sama keluarga dengan bersiar-siar di taman.


Bahagian A 3
1. Seorang ibu sedang menceduk nasi sambil memerhatikan anak-anaknya bermain di tepi pantai.
2. Seorang ibu dibantu oleh anak perempuannya menyediakan makanan untuk hidangan tengah hari.
3. Seorang lelaki sedang duduk berehat di sebuah kerusi di bawah sebatang pokok.
4. Beberapa orang kanak-kanak sedang membina sebuah istana pasir yang menarik di tepi pantai.
5. Sekumpulan pengunjung sedang bergembira bermandi-manda di tepi pantai.


Bahagian A 4
1. Seorang pelayan sedang menatang makanan yang telah dipesan oleh pelanggan.
2. Seorang budak dibantu oleh bapanya untuk membasuh tangan di singki restoran.
3. Seorang lelaki sedang menjawab telefon bimbit sambil menulis sesuatu di atas kertas.
4. Seorang pelayan sedang mengambil pesanan makanan daripada pelanggan sambil melihat menu.
5. Seorang pelayan sedang mengelap meja dan mengangkat pinggan-pinggan yang kotor.

Bahagian A 5
1. Pak Long menyembur racun perosak untuk memastikan pokok sayur-sayurannya tidak rosak dimakan serangga perosak.
2. Ayah puia menyiram sayur-sayuran dengan menggunakan alat penyiram.
3. Abang menebas semak-samun dengan menggunakan sebilah sabit.
4. Pak Usu pula menanam pokok pada batas yang dibuat oleh pak cik.
5. Adik menaburkan baja supaya pokok sayur-sayuran hidup subur.

Bahagian A 6
1. Seorang perempuan sedang membersihkan sampah dari dalam longkang supaya longkang tidak tersumbat.
2. Seorang lelaki sedang memasukkan sampah sarap ke dalam tong sampah yang disediakan.
3. Dua orang budak lelaki mengaut sampah sarap yang terapung di permukaan sungai.
4. Dua orang lelaki bekerjasama mengangkat batu yang besar untuk dialihkan ke tebing sungai.

5. Seorang lelaki pula kelihatan sedang menebas semak-samun di tebing sungai dengan menggunakan sebilah sabit

No comments:

Post a Comment